Posts

Showing posts from June, 2021

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF DALAM TINGKAH LAKU BERMASALAH

    Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah. CIRI-CIRI TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF Definisi Tingkah Laku Bermasalah. Tingkah laku bermasalah bermaksud perkara yang dilakukan oleh murid yang dianggap oleh guru sebagai sesuatu yang bermasalah kerana perkara tersebut akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku masalah positif dan negatif Tingkah Laku Bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif sehingga mengganggu proses pengajaran guru. 1.         Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu -            Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Perbuatan yang dimaksudkan ialah murid tersebut akan bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru dan akan mengakibatkan situasi yang tidak dapat dikawal oleh guru tersebut. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamany