CIRI-CIRI TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF DALAM TINGKAH LAKU BERMASALAH

 

 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah.

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF

Definisi Tingkah Laku Bermasalah.

Tingkah laku bermasalah bermaksud perkara yang dilakukan oleh murid yang dianggap oleh guru sebagai sesuatu yang bermasalah kerana perkara tersebut akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku masalah positif dan negatif

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif sehingga mengganggu proses pengajaran guru.

1.       Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu

-          Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Perbuatan yang dimaksudkan ialah murid tersebut akan bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru dan akan mengakibatkan situasi yang tidak dapat dikawal oleh guru tersebut. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal.

2.       Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

-          Murid-murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat. Oleh itu, murid-murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi penumpuan lagi jika guru mengulangi penerangannya. Perkara ini akan mengakibatkan mereka menimbulkan pelbagai jenis gangguan seperti mengusik, menarik perhatian rakan yang duduk di sebelah yang pastinya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

3.       Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas

-          Murid pintar cerdas ini seseorang yang mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti berunsurkan intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas seperti dalam bidang matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia.

4.       Tingkah Laku Murid Proaktif

-          Murid-murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu. Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal, mereka akan ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku ini boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan boleh berlaku.

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

    Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku distruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah laku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri .

 Tingkah Laku Distruktif

-          Tingkah laku destruktif bermaksud yang menunjukkan sikap mereka secara terang-terangan paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Jenis-jenis tingkahlaku destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu keadaan dimana mereka sering merosakkan peralatan sekolah mahupun peralatan awam dan sebagainya, terjebak dalam aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau motosikal guru, menconteng dan sebagainya. Seterusnya ialah Permusuhan Nyata (Overt hostility) yang boleh dikatakan sebagai keadaan di mana wujud tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan nyata ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung dan mendapat penilaian yang negative. Maka, murid tersebut akan hilang minat dan mengabaikan arahan guru.

Tingkah Laku Disruptif

-          Jenis-jenis tingkah laku disruptif antaranya tingkah laku hiperaktif iaitu perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas.

 Tingkah Laku Bergantung

-          Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri. Hal ini agak mengganggu proses pembelajaran kerana murid seperti ini memerlukan perhatian yang lebih dari pelajar lain.  

KESIMPULAN.

       Kesimpulan yang dapat disimpulkan disini ialah, masalah disiplin ini bukan hanya perlu diuruskan oleh sebelah pihak sahaja. Malah, semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, masyarakat dan sebagainya perlu bekerjasama dan memainkan peranan mereka dalam menangani isu masalah tingkah laku ini supaya kejadian jenayah dapat dibendung agar masa depan murid tersebut menjadi lebih baik dan akan memberi manfaat kepada diri pelajar tersebut, keluarga, masyarakat dan negara. Hal ini secara tidak langsung dapat mengharumkan nama negara kita serta dapat menjadi setaraf dengan negara maju lain dimata dunia.

Sumber Rujukan :

Comments